Pendapat sama turut disuarakan Penganalisis Politik, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi yang berpendapat Aminuddin diramal memberi lebih saingan kepada Anwar berbanding Ahmad Faizal. “Walaupun undi BN dijangka kukuh pada PRU15 dan lebih 30,000 undi namun saya kira sudah pasti Anwar mempunyai strategi beliau tersendiri sebab kalau tidak, Anwar tidak akan membuat keputusan untuk bertanding di Parlimen Tambun. “Ini merupakan satu usaha untuk menjadikan sentimen bakal calon Perdana Menteri perlu menang di Parlimen tersebut untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.