Perikatan Nasional perlu melupakan sebarang usaha ‘tebuk atap’ untuk mengambil alih kerajaan kerana apa sahaja langkah politik ketika ini adalah jelas bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahu pembentukan kerajaan lebih stabil.
Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup terjamin dengan majoriti kuat untuk kekal teguh sebagai kerajaan.
Perkara itu perlu dihormati dengan memberi ruang agar kepimpinan Kerajaan Perpaduan diteruskan.
Katanya, kestabilan politik merupakan elemen penting bagi memastikan tatakelola dan urus tadbir negara dapat berjalan dengan baik.
Kredit: https://www.sinarharian.com.my/article/642220/berita/politik/hentikan-usaha-tebuk-atap