Semakin hari kekuatan musuh dilihat terus menyerlah dengan kecanggihan teknologi yang dimiliki seakan ia mustahil dikalahkan. Tetapi al-Quran telah bongkarkan kelemahan mereka dan menunjukkan tidak mustahil mereka ini dikalahkan. Apa petunjuk dan solusi daripada al-Quran?
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membawa misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui Baca, Faham dan Amal membawa formula al-Quran dalam program ini bagi merungkai pelbagai isu bersama pakar dan ilmuwan di bidang masing-masing.