Rasuah: Jangan ambil mudah

Ketika emosi rakyat ‘menggelegak’ apabila membahaskan isu membabitkan pemimpin-pemimpin yang korup, ikrar Perikatan Nasional (PN) yang menawarkan kepimpinan berintegriti dan bebas rasuah dilihat mampu memberi kelebihan kepada gabungan parti itu.

Ini berdasarkan dua bentuk strategi bersifat seimbang yang ditawarkan menerusi aspek-aspek yang menjadi tunjang utama dalam Ikrar PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung 12 Mac ini.

Di bawah strategi pertama, iaitu memperteguh kepimpinan dan tadbir urus berintegriti serta mewujudkan negeri bebas rasuah, PN memberi penekanan untuk mendokong pemimpin dan tadbir urus berintegriti, bebas rasuah serta menolak penyalahgunaan kuasa.

Aspek pertama yang digariskan di bawah strategi itu jelas menggambarkan komitmen PN menolak budaya korup secara menyeluruh dalam usaha memperbaiki negara ini.

Dalam strategi pertama juga menyatakan komitmen PN untuk melantik pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Raya Johor dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

Selain itu, turut disenaraikan adalah mewajibkan ADUN untuk membentangkan laporan perbelanjaan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi tatapan orang awam sekiranya PN diberi mandat mentadbir Kerajaan Negeri Johor kelak.

 

artikel asal:https://www.sinarharian.com.my/article/191427/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Rasuah-Jangan-ambil-mudah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan