Anwar patut jadi induk, bukan di pinggiran, penganalisis tegur cadangan khemah besar Dr M

Tindakan Dr Mahathir Mohamad meminggirkan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan strategi khemah besar pembangkang dilihat sebagai langkah sumbang, kata penganalisis

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat tindakan Dr Mahathir Mohamad meminggirkan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan strategi khemah besar pembangkang sebagai langkah sumbang kerana ketua pembangkang itu seharusnya diletakkan sebagai “induk”, bukan sekadar di pinggiran.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pengerusi Pejuang itu memerlukan Anwar lebih daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan Barisan Nasional/Umno kerana gandingan aura berkenaan dikatakan memacu kemenangan mengejut Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

“Mahathir memerlukan Anwar lebih daripada Muhyiddin; momentum itulah yang memacu kemenangan PH dengan Mahathir ketika itu pengerusinya untuk menumbangkan BN-Umno pada 2018.

“Menumbangkan BN/Umno memerlukan kesatuan pelbagai daya kekuatan politik pembangkang dan peranan Anwar bukan berada di pinggiran, tetapi sebagai induknya atau setidak-tidaknya sebahagian daripada induknya,” katanya kepada FMT.

artikel asal:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/08/anwar-seharusnya-diletakkan-sebagai-induk-bukan-di-pinggiran-penganalisis-tegur-cadangan-khemah-besar-dr-m/

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan