Tambah keanggotaan tidak perlu mengikut gender

SHAH ALAM – Cadangan untuk menambah keanggotaan Ahli Dewan Negara tidak sepatutnya mengikut gender, sebaliknya ia perlu dibuat berdasarkan kelayakan mana-mana individu tidak kira lelaki atau wanita.

Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, negara tidak boleh mengambil kira isu berhubung kesamarataan sebagai satu garis petunjuk prestasi pembangunan negara.

Menurutnya, jumlah penglibatan lelaki atau wanita tidak patut dikaji dan dijadikan sebagai perkara besar kerana ia perlu berlaku secara semula jadi.

“Sepatutnya hal berkaitan pentadbiran negara perlu dilaksana berdasarkan kepada elemen kredibiliti, kemampuan dan perkara-perkara berkepentingan khususnya isu berkaitan keselamatan, pembangunan sosioekonomi dan sebagainya.“Sekiranya ada calon yang layak khususnya dalam kalangan wanita, maka tidak salah untuk mempertimbangkan hal itu namun tidak untuk dijadikan sebagai satu perbahasan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang untuk menambah bilangan keanggotaan Ahli Dewan Negara dalam kalangan wanita berikutan jumlah penglibatan golongan itu dalam politik rendah.

Hal itu kerana peratusan golongan berkenaan dalam Dewan Rakyat telah menurun daripada 14.9 peratus pada 2021 kepada 13.5 peratus pada 2022.

Mengulas lanjut cadangan itu, Noor Nirwandy berkata, tindakan kerajaan secara tidak langsung mewujudkan polemik atau pandangan seolah-olah wanita masih jauh ketinggalan dalam pentadbiran negara.

Kredit: https://www.sinarharian.com.my/article/248979/berita/nasional/tambah-keanggotaan-tidak-perlu-mengikut-gender—penganalisis

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan