Penceramah dan ahli politik perlu elak menyentuh sebarang isu sensitif melibatkan kaum, agama dan institusi raja (3R) demi keharmonian masyarakat negara ini ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Penganalisis Keselamatan dan Politik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata ini kerana memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara, selain bertentangan dengan matlamat asal berpolitik iaitu memperjuangkan hak rakyat.
“Rakyat harus difahamkan bahawa politik ini bertujuan untuk membangkitkan isu-isu berkepentingan rakyat, bukannya mewujudkan persengketaan atau perkara-perkara yang tidak perlu diperdebat atau dibincangkan.
“Tugas ahli politik pula ialah menjaga DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen masing-masing untuk pastikan solusi kepada permasalahan dan kepentingan rakyat dapat diselesaikan dengan sempurna.
“Kempen yang dijalankan juga perlu mengangkat prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, UiTM itu, berkata terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mempermainkan isu berkaitan 3R.
Misalnya, Noor Nirwandy berkata pihak yang cuba mempolemikkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan (Akta 574).
Sementara itu, beliau mencadangkan agar calon parti politik mengikuti kursus keselamatan negara sebagai salah satu syarat sebelum bertanding dalam pilihan raya bagi memastikan mereka faham batas-batas yang perlu dihormati dan dipatuhi sebagai ahli politik.