Undang-undang tuntut bayaran berita dalam talian perlu kajian

Gambar hiasan 123RF. Gambar kecil: Johan, Noor Nirwandy

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu melaksanakan kajian menyeluruh jika mahu melaksanakan undang-undang berkaitan tuntutan bayaran bagi berita dalam talian di Malaysia berikutan perkembangan terkini yang berlaku di Kanada pada 3 Julai lepas.

Cadangan Akta Berita Dalam Talian bertujuan memastikan syarikat teknologi gergasi seperti Google dan Meta (syarikat induk Facebook) membayar agensi media bagi setiap pautan dan carian bahan serta kandungan berita yang digunakan dalam platform syarikat terbabit.Pada 1 Julai lepas, Alphabet Inc iaitu syarikat induk Google mengumumkan syarikat teknologi gergasi itu tidak akan membayar agensi media Kanada sebaliknya menyekat sebarang pautan berita di platform Google selepas Kanada meluluskan akta tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata penganalisis berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan menimbangkan cadangan melaksanakan akta berkenaan bagi memastikan industri media mampu kekal mampan sekali gus mengekang penularan berita palsu.Berkongsi pandangan mengenai implikasi kepada masyarakat sekiranya Malaysia melaksanakan akta itu dan berhadapan situasi sama seperti Kanada, pemerhati isu semasa, Noor Mohamed Shakil Hameed berpendapat rakyat masih mampu memperoleh informasi sahih melalui platform media alternatif.

“Dalam era IR 4.0 (revolusi industri), AI (kecerdasan buatan), ChatGPT, ketersediaan maklumat di hujung jari, kadar celik IT (teknologi maklumat) dan informasi, saya percaya kita tidak berdepan masalah besar untuk mendapatkan maklumat yang sahih secara pantas dan tepat jika sekatan sebegini berlaku.

“Betul, kerajaan wajar meneliti perkara ini secara serius dan menilai baik buruknya. Mungkin sudah tiba masanya kerajaan pertimbangkan untuk melaksanakan akta seperti ini sebagai peluang menangani masalah penyebaran berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa,” katanya pada Ahad.

Tokoh wartawan negara, Tan Sri Johan Jaafar pula berkata, pelaksanaan akta itu dilihat mampu memperkukuh pendapatan kewangan industri media tempatan dengan adanya bayaran link tax daripada syarikat teknologi gergasi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan