Ancaman Eropah hanya bersifat kosmetik, PM terus lantang bersuara

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan bahawa sistem keselamatan dan pertahanan negara telah pun bersedia dari pelbagai segi sekiranya Malaysia terus diheret dalam kancah peperangan yang melibatkan Israel.

Jelas beliau, peperangan secara fizikal mungkin agak sukar berlaku dalam situasi dunia yang sudah moden pada hari ini, namun dalam masa sama ancaman perang subversif ideologi dan perang siber tidak boleh dipandang ringan berikutan konflik yang berlaku.

“Boleh dikatakan rakyat dan kerajaan hari ini senada dalam memberikan pembelaan terhadap rakyat Palestin. Namun ancaman keselamatan ini sesuatu yang boleh dijangkakan tetapi, ia bukanlah sesuatu yang boleh menjejaskan semangat dan kesepaduan rakyat Malaysia dan kepimpinan kerajaan. – WILAYAHKU

Credit: https://www.wilayahku.com.my/ancaman-eropah-hanya-bersifat-kosmetik-pm-terus-lantang-bersuara/

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Artikel Berkaitan