Pilihan raya bukan sahaja bergantung pada ketelusan proses pengundian, malah turut menuntut jaminan keselamatan sistem digital yang menyokong pengoperasian institusi demokrasi.
Dakwaan ancaman serangan siber terhadap laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika PRN Melaka Ke-16 membuka ruang penelitian terhadap kesiapsiagaan negara mendepani ancaman digital dan perang saraf yang berpotensi mempengaruhi persepsi awam.
Sejauh manakah keupayaan Malaysia melindungi infrastruktur digital pilihan raya demi memelihara integriti demokrasi dan keyakinan rakyat?
Ikuti kupasan bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) eksklusif dalam Malaysia Petang Ini, hanya di BERNAMA TV.









